AMANAT MENGENAI DAP YANG WAJIB DIPEGANG OLEH BANI MELAYU

Kepada seluruh Bani Melayu, jika ada mantan Perdana Menteri yang kini menyeru kamu supaya menyokong DAP, maka berpegang teguhlah kamu kepada amanat-amanat ini:

1. DAP, seperti juga PAP, mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum tetapi semua orang tahu hampir semua pemimpin, penyokong dan ahli mereka adalah orang-orang Cina. Dan perjuangan utama mereka adalah melawan apa sahaja yang berbau Melayu dan menyokong hak-hak orang-orang Cina. Kenyataan mereka bahawa mereka berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia hanyalah satu penipuan.

2. Walaupun DAP mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum tetapi faktanya ia adalah sebuah parti Cina. Kebencian terhadap orang-orang Melayu ditiupkan melalui slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa makna Malaysia hanya untuk orang-orang Melayu manakala bangsa-bangsa lain didiskriminasi dan dijadikan warganegara kelas kedua. DAP mahu orang-orang Cina yang sudah mendominasi bidang ekonomi untuk mendominasi bidang politik pula. Ia jelas sesuatu yang rasis.

3. Slogan DAP adalah Malaysian Malaysia. Slogan ini membawa makna Malaysia tidak dimiliki secara sama rata oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi hanya dimiliki oleh orang-orang Melayu. Meritokrasi yang diperjuangkan oleh DAP akan menghakis peluang orang-orang Melayu dalam bidang pelajaran dan perniagaan. Ini akan menjadikan orang-orang Melayu lebih tidak berkelayakan dan lebih miskin.

4. Strategi DAP adalah untuk melaga-lagakan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu dengan menyebut orang-orang Cina adalah warganegara kelas kedua. Bila sahaja kerajaan kelihatan lemah ekstrimis-ekstrimis DAP pun keluar dan serangan-serangan ke atas orang-orang Melayu menjadi terang-terangan sampai ke tahap mendakwa orang-orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang-orang Cina dan orang-orang India yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak harus diberikan apa-apa hak istimewa.

5. Kehadiran beberapa orang Melayu dalam DAP hanyalah untuk perhiasan semata-mata. Samalah juga dengan keadaan di Singapura di mana Kerajaan PAP mengenepikan dengan sepenuhnya penyokong-penyokong Melayu mereka. Orang-orang Melayu membentuk 15 peratus daripada penduduk Singapura tetapi kuasa politik dan kekayaan yang mereka miliki di Singapura hanyalah sebanyak 1 peratus sahaja dan inilah juga yang akan berlaku di Malaysia jika DAP dibenarkan memerintah negara ini.