PETISYEN DESAK TUTUP KILANG ARAK
PETISYEN DESAK TUTUP KILANG ARAK
Kemalangan maut yang diakibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi, seolah-olah tiada noktahnya kepada isu ini. Apa yang dapat kita perhatikan ialah, setiap kali munculnya berita mengenai kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk, maka kerajaan dan juga pembangkang, sejak dulu hingga kini, tidak habis-habis mencadangkan supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk. Cadangan tersebut bukan sahaja tidak menepati syarak, malah tidak akan pernah menyelesaikan masalah, kerana ia tidak menyelesaikan masalah daripada punca.
Punca kepada masalah ialah pemerintah yang terus melakukan keharaman dengan membenarkan kilang-kilang arak beroperasi secara besar-besaran. Maka, selagi ada kilang arak dan juga kebenaran mengimport arak dalam skala yang besar, maka selagi itulah akan adanya penjualan arak secara terbuka dalam negara, dan selagi itulah akan ada peminum arak di tempat-tempat awam dan selagi itulah akan adanya pemandu mabuk yang akan menjadi “pembunuh” jalanan.
Atas dasar betapa seriusnya isu ini dalam masyarakat dan negara, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini melancarkan kempen untuk mendesak kerajaan seperti berikut:
1. Menutup kesemua kilang arak serta-merta;
2. Mengharamkan segala penjualan arak secara terbuka baik di kedai-kedai serbaneka, di restoran-restoran, kelab-kelab malam, hotel-hotel dan lain-lain;
3. Orang-orang kafir hanya dibenarkan meminum arak secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja, dan mereka hanya dibenarkan meminum arak dalam hayatul khas (kehidupan khas) mereka sahaja seperti di rumah-rumah, atau dalam komuniti mereka secara terpencil;
4. Peminum arak wajib dihukum menurut Islam iaitu sama ada dengan 40 atau 80 kali sebatan. Manakala jika ia melakukan kesalahan lain lagi ketika mabuk seperti memandu dan melanggar orang lain, apatah lagi hingga menyebabkan kematian, maka uqubat (hukuman) Islam wajib dikenakan ke atasnya.
Justeru, kami menyeru seluruh umat Islam untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan untuk mendesak kerajaan menutup segera kilang air kencing syaitan yang ada di Malaysia ini.
Nyatakan sokongan anda di petisyen ini: