Ibu Bapa Dari Neraka Dihukum Penjara 27 Tahun, Kurung & Dera Anak Sampai Mati
Pasangan suami isteri dari Singapura dalam perbicaraan tuduhan membunuh anak kandung mereka berusia 5 tahun sehingga mati, telah dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun.
Menerusi CNA, bapa mangsa, Ridzuan Mega Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara 27 tahun dengan 24 sebatan, manakal si ibu juga turut dipenjarakan selama 27 tahun ditambah 12 bulan sebagai ganti hukuman sebat, sebab di Singapura wanita tidak disebat.
Anak pernah dijaga ibu angkat
Kalau nak tahu sebelum ini, pada 2011 mangsa telah dijaga oleh ibu angkat kerana ketika ibu bapa kandung mengalami masalah kewangan dan tida mampu untuk menyara anak itu.
Pada tahun Mei 2015, pasangan itu mengambil semula anak mereka dan setahun kemudian bermula penderitaan dan penyiksaan apabila anak itu menjadi mangsa penderaan ibu bapa kandungnya sendiri.
Episod penderaan bermula
Bapa kandung mangsa telah menggunakan playar untuk mencubit bahagian punggung dan paha mangsa beberapa kali sehingga meninggalkan kesan lebam.
Ibu kandung iaitu Azlin Arujunah didakwa bertindak memukul badan dan kaki mangsa menggunakan penyapu kerana mangsa dikatakan telah menumpahkan biskut di lantai dapur rumah mereka, sehingga mangsa tempang sebelah kaki.
Suspek juga didakwa telah menolak bahu mangsa sehingga menyebabkannya terjerumus dan kepalanya terhantuk di bucu tiang dan disiram dengan air panas.
Pada akhir bulan Ogos sehingga awal September, Ridzuan Mega telah menekapkan sudu logam yang panas ke tapak tangan kerana mangsa telah ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan.
Mangsa juga pernah dicucuh api rokok di bahagian lengan dan dipukul menggunakan penyangkut baju kerana mangsa tidak mengaku telah ‘mencuri’ susu tepung.
Sekitar 15 hingga 17 Oktober 2016, Azlin didakwa menarik pergelangan kaki mangsa supaya menghalangnya daripada melarikan diri sebelum menyiramnya menggunakan air panas.
Pada 17 hingga 20 Oktober, Azlin sekali lagi telah memercikkan air panas dan Ridzuan membaling beberapa cawan berisi air panas ke arah mangsa. Mangsa juga didakwa telah ditumbuk oleh bapanya itu.
Pasangan ini juga telah mengurung anak lelakinya yang berketinggian 105cm ke dalam sangkar kucing berukuran 70cm (tinggi), 58cm (lebar) dan 90cm (panjang). Mangsa kemudian disiram dengan air panas di bahagian belakang dan betis hanya kerana enggan mandi.
Jadikan anak tempat lepas geram
Pada Oktober 23, 2016, budak berusia 5 tahun disahkan meninggal dunia selepas kepala mangsa turut dipukul menggunakan penyapu. Mangsa terus rebah dan tidak bergerak tetapi ibu bapa hanya membawanya ke hospital enam jam kemudian.
Ayah mangsa ketika memberi kenyataan mengaku dia juga telah memukul isterinya apabila berlaku salah faham antara mereka. Malah dia juga tidak menafikan bahawa dia melepas kemarahannya terhadap anaknya itu.
Ibu pun pernah jadi mangsa dera
Dalam kenyataan ibu mangsa, suspek memaklum dia juga merupakan mangsa dera kepada kedua ibu bapanya dan pernah disiram dengan air panas. Kemudian, dia dijaga oleh datuk dan neneknya.
Sumber : Mothership.sg