Tunggu keputusan kes, penyokong ‘Bossku’ banjiri perkarangan mahkamah

Sejak awal pagi lagi, para penyokong Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memenuhi perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.

Penyokong bossku

Hal ini bagi mengetahui sama ada Najib didapati bersalah ataupun tidak dalam skandal kes SRC International. Kes tersebut juga telah berlangsung hampir dua tahun satu bulan.
Perkara tersebut turut dikongsikan di Twitter milik Berita Harian yang memperlihatkan mereka yang memakai pakaian serba biru melaungkan sokongan kepada ahli Parlimen Pekan itu.

Anak muat naik kerja

Dalam pada itu , anak kepada Najib juga telah memuat naik gambar gelombang ‘biru merah’ di hadapan Mahkamah Kuala Lumpur bagi tujuan menyokong Datuk Seri Najib.

Terdahulu, Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.
Najib dituduh buat kali pertama pada 4 Julai 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2018 dengan pihak pendakwaan diketuai bekas peguam negara Tommy Thomas.
Tommy kemudiannya digantikan Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk V Sithambaram.