Berat Badan Turun Mend4dak, Ini Keadaan Terkini A. Galak Buat Ramai Terkejvt
PANGGILAN nama Sarjan Misai cukup sinonim buat pelakon veteran tanah air, A. Galak. Meskipun jolokan itu diberikan sempena drama lakonannya, Gerak Khas, nampaknya ia terus sebati dengan beliau sehingga ke saat ini.
Drama aksi arahan Datuk Yusof Haslam itu berjaya memberi kesan mendalam kepada penonton. Masakan tidak, hampir lebih sedekad lamanya, A. Galak tetap diberi peranan dalam siri yang masih disiarkan melalui saluran TV2 sehingga kini pada setiap hari Jumaat.
Genre kepolisan nampaknya memang coc0k dengan beliau. Lihat sahaja portfolio lakonannya. Selepas filem Gerak Khas (GK) the Movie I, II, dirinya terus ‘diajak‘ berlakon dalam GK3 the Movie dan naskhah-naskhah besar lain.
Sesekali A. Galak membawa watak antag0nis. Paling diingati ialah watak Taji Samprit iaitu ketua g3ngster dalam filem Abang Long Fadil 2 (2017). Dalam karya itu, beliau petah berbahasa Jawa.
Namun, sejak diser4ng ang2n ahm4r, penglibatan anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu dalam industri seni semakin terhad.
Keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan datuk kepada 14 cucu itu mendorong penulis cuba menghubungi anaknya, Razak Zakaria.
Penulis bernasib baik kerana diberi kesempatan menemu bual A. Galak walaupun difahamkan beliau masih dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.
Bercakap kepada SinarPlus, pelakon itu mengakui, dirinya masih belum sihat 100 peratus.
“Badan pun belum boleh ‘berg4sak’ lagi dan berat badan juga turun mendadak. Sekarang tengah nak tambah berat badan. Doakan saya cepat-cepat sembvh dan kembali aktif seperti dulu.
“Saya sebenarnya diser4ng angin ahm4r tahun lalu dan sekarang masih berehat di rumah. Badan belum kuat lagi nak berlakon. Harap semua memahami ya.
“Memang saya teringin mahu kembali ke industri seni namun belum masanya lagi,” tuturnya dengan nada yang masih bersemangat.
Masih ‘kuat’ memandu sendirian, anak kepada Seniwati Rokiah Jaafar itu berkata, sejak kebelakangan ini, beliau sering menghabiskan masa bersama keluarga besar Skop Productions.
“Kadang-kadang kalau bosan, saya akan berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam di pejabatnya. Jika saya okey, beliau akan bawa saya ronda-ronda ibu kota dengan keretanya.
“Duduk rumah pun adakalanya membuatkan saya terkenang-kenangkan set penggambaran, sebab itu saya datang jumpa mereka untuk lepaskan rindu,” ujarnya.
Imbauan dunia seni
Percaya atau tidak, selebriti malar segar itu memulakan karier seninya sebagai jurusolek pada usia 20 tahun.
“Dari kecil memang saya ikut mak ke set studio penggambaran di Jalan Ampas, Singapura dan membesar di sana. Memang teruja apabila dapat jumpa bintang filem popular termasuk Tan Sri P Ramlee depan mata.
“Selepas studio itu tutup, saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki baharu. Ketika itu, bila dapat jumpa kawan lama termasuk arwh Datuk Abdul Aziz Sattar, beliau tawarkan saya kerja sebagai kru di belakang tabir,” imbaunya.
Hari demi hari, bakat lakonan A. Galak dik3san. Sebagai permulaan, selebriti peramah itu diberi kepercayaan memegang watak sebagai Datuk Puteh dalam filem Azura.
Sejak itu, rezekinya semakin melimpah-ruah.
“Selepas Azura, saya ditawarkan dalam banyak drama dan filem termasuk arhan Datuk Yusof Haslam. Hubungan kami memang rapat sejak dari saat itu.
“Alhamdulillah rezeki dalam bidang seni tidak pernah ptus. Barangkali d4rah seni yang mengalir dalam diri ini membuatkan saya mampu berlakon.
“Kadang-kadang terfikir juga, okeykah saya berlakon? Namun, ramai kata mereka suka stail saya lebih-lebih jika saya pegang watak polis atau g3ngster,” selorohnya yang terus berharap akan kekal dalam dunia lakonan..
PROFIL
- Nama: Zakaria Ahmad
- Nama komersial: A. Galak
- Umur: 78 tahun
- Asal: Johor Bahru, Johor
- Filem: Setinggan, Aku Yang Berhormat, Drah Satria, Azura, Bayangan Mavt
- Pembvru Bayang, Gerak Khas the Movie, Gerak Khas the Movie II dan banyak
- Drama: Gerak Khas, Debu-Debu Kota Raya, Tanah Kbur, Siri Bercakap dengan Jln dan banyak lagi.
Sumber: Sinarplus