Rezeki Tunai Umrah Terawal Norma Baharu, Rakyat Malaysia Luah Rasa Syukur
Selepas beberapa bulan d1landa wab4k pandem1k C0vid-19, Tanah Suci Makkah akhirnya dibuka semula untuk umat Islam bagi menunaikan ibadah umrah.
Perkara tersebut pasti menggembirakan dan membuatkan individu yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah teruja bagi melaksanakan ibadah berkenaan.
Merasa jadi yang terawal
Itu yang dirasai seorang pengguna laman Twitter, Ahmad Najhan Hassim yang berkongsi posting mengenai pengalamannya ketika menunaikan umrah dalam keadaan norma baharu.
Menurut pemuda berusia 29 tahun itu, dia meluahkan rasa syukur dan teruja apabila terpilih untuk menjadi antara yang terawal bagi melakukan umrah bersama jemaah yang lain.
“Alhamdulillah..selesai umrah norma baharu! Merasa menjadi yang terawal buat umrah untuk hari pertama dibuka harini,” katanya.
Jangan kel1ru! Umrah dibuka hanya untuk…
SOP Teratur
Memetik laporan Alhijrah Online, dia yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Jeddah berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.
Walau bagaimanapun, hanya temp0h maks1mum tiga jam ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah umrah menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Har4m agak singkat.
Ramai teruja
Perkongsian Najhan mendapat perhatian warganet yang lain dengan meninggalkan lebih 19,000 tanda suka serta lebih 6,800 ulang kicau sejak ia dimuat naik.
Rata-rata turut berkongsikan rasa teruja apabila melihat Tanah Suci kembali dipenuhi jemaah setelah sekian lama menyep1 ak1bat pandem1k tersebut sebelum ini.
Rindunyaa….
Doakan kami ke sana
Semoga lebih ramai individu diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana sekali gus menunaikan hasrat mereka untuk menjadi tetamu Allah SWT.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Alhijrah Online (Zaim Zamani) , Twitter @NajhanHassim91