Anwar Ibrahum Tengah Serius Berbahas, Sekali Mat Sabu Duk Main Kerusi Kat Belakang
Nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu menjadi bualan ramai dan paling trending di media sosial sejak diumumkan sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet diterajui Pakatan Harapan.
Sebelum ini Mat Sabu sering menjadi pelaris di pentas ceramah seluruh negara yang gemarkan gaya ucapannya yang bersahaja, diselang seli lawak jenaka, malah memb0ngkar cerita-cerita p4nas setiap kali turun padang.
Ramai rakyat Malaysia yang terhibur apabila melihatkan wajah dan telatah Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu. Namun, disebalik kelucuan watak beliau, Mat Sabu adalah seorang yang sangat tegas dan teguh dengan prinsipnya dalam memperjuangkan hak rakyat Malaysia.
Ketika sesi perbahasan dalam dewan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang serius berbahas ‘diganggu’ oleh gelagat Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Dia kelihatan seperti baru balik kemungkinan dari bilik air, cuba memasuki tempat duduk beliau, tapi terhalang oleh kerusi Anwar. Mat Sabu di lihat cuba menarik kerusi beberapa-beberap kali, dan kedudukan beliau di belakang Anwar telah menimbulkan perhatian netizan
Setelah beberapa kali percubaan, Mat Sabu akhirnya berjaya kembali ke tempat duduk beliau, namun rakaman tersebut telah tular dan pelbagai komen di lontarkan oleh netizan
Berikut pulaa Komen Orang Ramai yang perasan dengan telatah bersehaja Mat Sabu
Berikut sedikit info mengenai Mat Sabu
Ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu layak dilabel ‘Raja Lawak PH’ apabila mengungguli kategori Menteri Paling Kelakar dengan 345 responden atau 69 peratus mengakui kebolehan semula jadinya melakukan lawak spontan.
Beliau merupakan pejuang yang gigih, berani, lantang bersuara menyatakan kebenaran dan tidak gentar menentang penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan terdahulu.
Hasilnya, selepas kej4tuhan kerajaan Barisan Nasional, YB Mat Sabu pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Terdapat juga sesetengah yang mempertikaikan keputusan ini yang dilihatkan tidak sesuai. Namun, sudah tentu ada sebab mengapa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau untuk menggalas tanggungjawab berat ini.
Mat Sabu memulakan karier politiknya pada tahun 1975 ketika aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 6 tahun kemudian pada tahun 1981, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), setelah PAS kalah di Kelantan pada tahun 1978.
Ketika itu, PAS dalam keadaan yang sangat lemah dan hilang kuasa memerintah di Kelantan.
mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 4
Mat Sabu mula bertanding di DUN Penanti dan parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum Malaysia tahun 1982, namun tewas kepada wakil UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1986 di Parlimen Permatang Pauh namun tewas kepada rakan ABIM nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mewakili UMNO.